<%@ Language=VBScript %> SMK TAMAN MUTIARA RINI 2

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA RINI 2

OFF JALAN HANG JEBAT, TAMAN MUTIARA RINI

81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU

Tel : 07-5542254 , Faks : 07-5541718 , e-mail : jea1085@yahoo.com

 

 


PENGETUA:
Principle:

SMK TAMAN MUTIARA RINI 2

TN HJ KAMARUDDIN
BIN SA'AYUN

 

 

SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA RINI 2 merupakan Sekolah Menengah yang kedua ditubuhkan dalam Taman Perumahan yang dinamakan Mutiara Rini

Sekolah ini dibina di atas Lot PTD 81965 seluas 9.63 ekar oleh sebuah syarikat swasta iaitu Maju Holding Sdn Bhd, Kuala Lumpur dan direka bentuk oleh Arkitek Rekabina Sdn Bhd, Johor Bahru. Sekolah ini telah dibina berdasarkan konsep "Design and Build".

Kerja-kerja asas pembinaan telah bermula pada 27 April 2001 dan disiapkan pada September 2002. Manakala jalan laluan bertar masuk ke sekolah disiapkan pada Januari 2004.

Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru terdiri dari 5 blok, iaitu Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Blok Makmal dan Bengkel, Surau dan Kantin.

Penyerahan Pengoperasian Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 telah diadakan pada 1 Jun 2004. Sebelum mula beroperasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 telah menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini mulai dari 16 Januari 2004 hingga 31 Mei 2004. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini ketika iaitu Puan Hajah Siti Raudah Bt Moh merupakan
Pengetua
Pembimbing sekolah ini.

Majlis Penyerahan Plak Pengoperasian Sekolah Baru bersama dengan Perasmian Pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 telah dilaksanakan pada 14 Jun 2004 oleh En Kassim B Mahadi

Kini setelah hampir 6 tahun penubuhan sekolah ini, SMK Taman Mutiara Rini 2 kini
dipimpin oleh En Zainal bin Buang yang mula bertugas di sekolah ini sebagai
pengetua pada  23 Januari 2008

 

MOTTO

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Moto atau cogankata SMK Taman Mutiara Rini 2 ialah Berilmu, Berketerampilan, Berakhlak membawa maksud melahirkan generasi berilmu dan berketerampilan serta berakhlak mulia.

 

 

 VISI DAN MISI SEKOLAH
 


VISI

 Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

 Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

 

 

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan pencapaian akademik ke pringkat yang lebih cemerlang dari segi kuantiti dan kualiti supaya dapat:

 

1.1

Melahirkan pelajar yang mencintai ilmu

 

1.2

Memupuk semangat berdaya saing dikalangan pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik

 

1.3

Melahirkan pelajar-pelajar yang peka arus perkembangan pendidikan secara global dan bertaraf dunia

  1. Meningkatkan pencapaian optima pelajar dalam bidang ko-kurikulum supaya dapat:

 

2.1

Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang sukan

 

2.2

Melahirkan pelajar yang berketrampilan serta mempunyai sifat kepimpinan melalui aktiviti-aktiviti Persatuan, Kelab dan Unit Beruniform

 

2.3

Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif, kreatif dan inovatif

  1. Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji:

 

3.1

Membentuk pelajar yang berakhlak dan berdisiplin

 

3.2

Memupuk semangat kekitaan dan kecintaan kepada sekolah

 

3.3

Menanam nilai saling hormat-menghormati sesama pelajar, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat selaras dengan nilai budaya masyarakat Malaysia

 

3.4

Memupuk sifat patuh kepada pegangan agama dan taat setia kepada negara

 

3.5

Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk perkembangan sahsiah yang sempurna

 

Enrolmen Guru & Pelajar

ENROLMEN GURU (EMIS JANUARI 2014)

PENGETUA : TN HAJI KAMARUDDIN BIN SA'AYUN
PENOLONG KANAN 1 : EN MD.NASIR BIN MAHAT
PENOLONG KANAN HEM : PN HO SOO THIN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM : PN HALIMAH BINTI MOHAMED
PENYELIA PETANG : EN DAMANHURI BIN MOHAMED RADZI
GURU MEDIA/PERPUSTAKAAN :  
GURU PEMBIMBING : JUHAIDA BINTI MOHAMAD SAID
    MOHD NAJIB BIN RAHMAT
    CHIA SOON TAI
     
JUMLAH GURU    
LELAKI : 18
PEREMPUAN : 71
JUMLAH : 89
     
JUMLAH BUKAN GURU    
LELAKI : 1
PEREMPUAN : 10
JUMLAH : 11
     
JUMLAH KESELURUHAN    
LELAKI : 19
PEREMPUAN : 81
JUMLAH : 100

 

 ENROLMEN PELAJAR (JANUARI 2010 )

ENROLMEN

JUMLAH KELAS
TINGKATAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
TINGKATAN 5 89 106 195 6
TINGKATAN 4 140 147 287 8
TINGKATAN 3 154 162 316 9
TINGKATAN 2 135 140 275 8
TINGKATAN 1 158 159 317 9
PERALIHAN 103 64 167 5
JUMLAH 779 778 1557 45

 

 

GAMBAR SEKOLAH

   

   
   
   

   


LOKASI SEKOLAH

 
View Larger Map

 

 

 

 

 



 
   

Selamat Melayari...
Please Enjoy Your Visit…

 

 

PAPARAN TERBAIK : 1024 x 768
Best View : 1024 x 768

 

*PENAFIAN:Kami tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini
*DISCLAIMER:We are not responsible for any loses or damages when using information on this website